Sabtu, 27 Mac 2010

etimologi nama aku

NAMA: NOORSHAHANIZ BINTI HUSAIN

NOR berasal daripada perkataan ”NOA”

Penggunaan: Japun.

Perkataan ini ditranskripsikan 乃愛 iaitu gabungan perkataan [no] yang membawa maksud keinginan untuk mendapatkan sesuatu manakala [a] pula membawa maksud cinta. Noa dalam bahasa Jepun membawa maksud berkeinginan sesuatu iaitu cinta.

NOR = NOAH

Penggunaan: English, Biblical

Sebutan: NO-ə (English) [key]

Nor adalah terbitan daripada nama Hebrew iaitu נוֹחַ (Noach) yang bermaksud "aman, selesa". Dalam buku kepercayaan Orang Yahudi, Noah adalah orang yang membina kapal yang membolehkan dia, keluarga dan semua spesies binatang yang terselamat dari banjir besar itu. Selepas banjir itu, Dia menerima tanda bahawa pelangi sebagai perjanjian dari Tuhan.

NOAH (2)

Penggunaan: Biblical

Sebutan: NO-ə (English) [key]

No’ah נוֹעָה terbit daripada bahasa Hebrew yang membawa maksud "pergerakan". Dalam buku kepercayaan orang Yahudi, No’ah ialah nama kepada anak perempuan Zelophehad.

NOOR

Noor adalah transkripsi lain bagi NUR

Penggunaan: Arab

Ejaan jawi: نور (Arab)

NUR

Dalam bahasa Arab bermaksud "cahaya".

Jantina: Perempuan & Lelaki

Penggunaan: Arab

Ejaan Jawi: نور (Arab)

SHA

Dalam bahasa Jepun bererti “orang”

Jantina: Perempuan & Lelaki

Penggunaan: Jepun

HANI

Dalam bahasa Arab bermaksud “cahaya kelembutanku”

Jantina: Perempuan

Penggunaan: Arab

HANI’

Dalam bahasa Arab bermaksud “Yang mengucapkan selamat”

Jantina: Lelaki

Penggunaan: Arab

HANIS

Dalam bahasa Arab bermaksud “ Berani, warak”

Jantina: Lelaki

Penggunaan: Arab

HANIZ

Dalam bahasa Arab bermaksud “Warak atau beragama”

Jantina: Perempuan

Penggunaan: Arab

BINTI

Binti ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab iaitu IBNITI yang bermaksud ’’anak perempuan kepada’’

HUSAIN

Dalam bahasa Arab bermaksud Elok, cantik”

Jantina: Lelaki

Penggunaa: Arab

Nama Husain juga merupakan nama kepada cucu Nabi Muhammad S.A.W.

Oleh hal yang demikian, nama Noorshahaniz terbentuk hasil gabungan daripada perkataan ’NOOR’ berasal daripada Arab yang bermaksud ’cahaya’, ’SHA’ dalam bahasa Jepun bermaksud ’orang’, dan ’HANIZ’ berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna warak atau beragama. Perkataan atau nama HANIZ sebenarnya adalah kesinambungan daripada perkataan HANI, HANI’ dan HANIS. Secara keseluruhannya, jika diterjemahkan nama NOORSHAHANIZ bermaksud ’cahaya orang yang warak atau beragama’.

Selain itu, nama NOOSHAHANIZ dipilih kerana ibu saudara inginkan kelainan daripada nama adik- beradik saya dan nama ini tidak pernah digunakan oleh orang lain pada masa itu. Nama ini dijumpai dalam majalah dan dinamakan kepada saya setelah dilahirkan. Keratan akhbar yang terdapat nama itu saya masih tersimpan lagi bersama gambar saya ketika kecil.